starting with

starting with

Saturday 2 November 2013

KESIMPULAN

Penerangan keseluruhan laporan ini boleh memberikan maklumat yang berguna terutama mengenai pengurusan. Semasa latihan dalam syarikat Liebherr Appliances Kluang Sdn Bhd Saya mendapat banyak pengetahuan baru dan pengalaman yang mengajar saya dalam bidang kerjaya berkenaan pentadbiran serta mempraktikkan apa yang di pelajari di Politeknik. 

Dalam masa 6 bulan, saya amat berpuas hati dengan kerjasama, perhatian dan bimbingan yang disediakan oleh semua pekerja tidak kira kedudukan pangkat. Menurut pendapat saya syarikat ini adalah sebuah syarikat yang mampu untuk berkembang dan menjadi sebuah syarikat terkenal di seluruh dunia. Oleh itu, bagi setiap satu tugas yang memerlukan kerjasama dalam semua bidang untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kerja. Saya juga tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik dengan semua kakitangan, menjawab panggilan telefon, fail dokumen dan banyak lagi dalam tempoh 6 bulan ini.

Hubungan dengan pekerja lain seprti adik-beradik dalam sebuah keluarga. Kami mencari cara berkomunikasi dengan baik, kerja berpasukan, bantu-membantu, tolak ansur, dan mereka tidak kedekut ilmu untuk berkongsi serta mengajar dalam menguruskan sesuatu kerja.

Saya juga berpeluang mengarang majalah kilang iaitu “Suara Liebherr” dengan menggunakan ilustrasi dan perisian lain. Dalam bidang pengurusan, saya belajar untuk memfailkan dan menguruskan dokumen penting dalam syarikat. Selain itu, saya turut belajar sistem ‘EPE Core’ dan juga sistem baru ‘People HR’ yang digunakan untuk memasukkan data cuti sakit dan cuti tahun pekerja. Saya juga boleh meningkatkan pengetahuan dalam bidang komputer seperti Microsoft Word dan Excel.

Saya berterima kasih kepada Pengurus jabatan HR, Encik Mohd Nasir Bin Abdullah dan Puan Suhaida Binti Haji Daud yang merupakan executive dalam jabatan HR, kerana memberi peluang kepada saya menjalankan latihan industri di kilang ini. Terima kasih juga kepada rakan kerja yang selalu memberi dorongan dan nasihat serta bantuan sepanjang saya menjalankan tugas. Saya berharap syarikat Liebherr Appliances terus maju mencapai sasarannya.

                                    
SIJIL PENGESAHAN LATIHAN INDUSTRI 


                                                
                                                                      Terima Kasih ^^

No comments:

Post a Comment