starting with

starting with

Saturday 2 November 2013

KESIMPULAN

Penerangan keseluruhan laporan ini boleh memberikan maklumat yang berguna terutama mengenai pengurusan. Semasa latihan dalam syarikat Liebherr Appliances Kluang Sdn Bhd Saya mendapat banyak pengetahuan baru dan pengalaman yang mengajar saya dalam bidang kerjaya berkenaan pentadbiran serta mempraktikkan apa yang di pelajari di Politeknik. 

Dalam masa 6 bulan, saya amat berpuas hati dengan kerjasama, perhatian dan bimbingan yang disediakan oleh semua pekerja tidak kira kedudukan pangkat. Menurut pendapat saya syarikat ini adalah sebuah syarikat yang mampu untuk berkembang dan menjadi sebuah syarikat terkenal di seluruh dunia. Oleh itu, bagi setiap satu tugas yang memerlukan kerjasama dalam semua bidang untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kerja. Saya juga tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik dengan semua kakitangan, menjawab panggilan telefon, fail dokumen dan banyak lagi dalam tempoh 6 bulan ini.

Hubungan dengan pekerja lain seprti adik-beradik dalam sebuah keluarga. Kami mencari cara berkomunikasi dengan baik, kerja berpasukan, bantu-membantu, tolak ansur, dan mereka tidak kedekut ilmu untuk berkongsi serta mengajar dalam menguruskan sesuatu kerja.

Saya juga berpeluang mengarang majalah kilang iaitu “Suara Liebherr” dengan menggunakan ilustrasi dan perisian lain. Dalam bidang pengurusan, saya belajar untuk memfailkan dan menguruskan dokumen penting dalam syarikat. Selain itu, saya turut belajar sistem ‘EPE Core’ dan juga sistem baru ‘People HR’ yang digunakan untuk memasukkan data cuti sakit dan cuti tahun pekerja. Saya juga boleh meningkatkan pengetahuan dalam bidang komputer seperti Microsoft Word dan Excel.

Saya berterima kasih kepada Pengurus jabatan HR, Encik Mohd Nasir Bin Abdullah dan Puan Suhaida Binti Haji Daud yang merupakan executive dalam jabatan HR, kerana memberi peluang kepada saya menjalankan latihan industri di kilang ini. Terima kasih juga kepada rakan kerja yang selalu memberi dorongan dan nasihat serta bantuan sepanjang saya menjalankan tugas. Saya berharap syarikat Liebherr Appliances terus maju mencapai sasarannya.

                                    
SIJIL PENGESAHAN LATIHAN INDUSTRI 


                                                
                                                                      Terima Kasih ^^

DAPATAN DAN CADANGAN

Selesai sudah saya menjalani latihan industri di Kilang Liebherr Appliances Kluang Sdn Bhd selama 20 minggu. Saya ingin memberi dapatan dan cadangan untuk syarikat/jabatan supaya lebih proaktif dan lebih memberi kebaikan kepada semua pihak.

Sepanjang menjalani latihan industri di Kilang Liebherr Appliances Kluang banyak ilmu yang saya perolehi yang serba sedikit membantu meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang pengurusan. Walaubagaimanapun saya sebagai pelatih perlu memberikan sedikit komen atau dapatan sepanjang saya menjalankan tugas. 

                                                                           
                                                                        Dapatan 

1. Pekerja kurang diberi pendedahan mengenai tugasan masing-masing. Tugas spesifik seseorang itu tiada pengkhususan menyebabkan semua pekerja tidak mendapat kerja yang seimbang berdasarkan jawatan masing-masing.

2. Mengenai sistem baru yang digunakan masih baru dan banyak kelemahan lagi yang perlu diperbaiki menimbulkan banyak masalah dalam pembayaran gaji sekaligus membuatkan pekerja berasa tidak berpuas hati apabila tiba waktu gaji.

3. Pekerja kurang berkomunikasi dua hala, ini menyebabkan pekerja hanya mengikut arahan majikan dan kadangkala takut untuk bertanya menyebabkan sesuatu kerja yang dilakukan itu mempunyai masalah. Ini berkaitan juga sekiranya majikan memberi arahan yang kurang jelas di mana pekerja sukar untuk memahami.


                                                                       Cadangan

1. Mengenai tugasan yang perlu digalas oleh setiap pekerja, seharusnya majikan menetapkan tugasan mengikut jawatan itu secara 'general', terang dan jelas supaya mereka tidak menjadi kelam kabut dan akan ada keseimbangan dalam pembahagian kerja.

2. Mengenai sistem baru seperti 'People HR', pada mulanya masih belum sempurna untuk digunakan. Sistem ini melibatkan pengiraan gaji semua pekerja termasuklah memasukkan data 'thumprint', 'OT', 'leave', 'late in' dan lain-lain. Sistem baru seperti ini perlulah diuji dalam jangka masa agak lama sehingga penggunaannya stabil sebelum diaplikasikan dalam keadaan sebenarnya untuk mengelakkan 'human error' dan 'system error' yang banyak.

3. Masalah komunikasi dua hala antara pekerja dan majikan, hal ini seharusnya perlu diberi latihan asas. Cara berkomunikasi antara pekerja dan majikan, pekerja dan pihak atasan amat penting bagi menjamin kerja yang berkualiti. Latihan atau kelas komunikasi adalah cadangan yang lebih membuatkan pekerja berkeyakinan dengan cara dan 'manner' yang perlu digunakan apabila berkomunikasi sama ada ingin bertanya mahupun meminta pandangan.




                                                                           Sekian ^^

LAPORAN TEKNIKAL

Skop Tugasan dan Tanggungjawab

Jawatan Kerja: 'Receptionist' / kerani HR/ADMIN 
Status: Pelajar Praktikal


1. Mengendalikan telefon untuk menjawab, dan 'transfer' panggilan ,memberikan maklumat, 'taking messages' dan 'scheduling appointments'.

2. Menerima resit pembayaran dan rekod setiap perkhidmatan yang ada.

3. Melaksanakan tugas-tugas sebagai pembantu pentadbiran seperti 'proofreading', menyalin maklumat, dan operasi kalkulator atau komputer untuk bekerja berkenaan rekod gaji, 'invoices', 'balance sheets' dan dokumen-dokumen lain.

4. 'Assist' pelanggan/pelawat yang memasuki kilang/sesebuah jabatan, mengenal pasti tujuan lawatan, dan mengarahkan atau mengiringi mereka ke destinasi tertentu.

5. Mendengar dan menyelesaikan aduan daripada pelanggan atau pekerja lain.

6. 'Filing and maintain records'.

7. Membantu di kaunter menjawab soalan dan membantu orang ramai dengan menyampaikan maklumat yang benar.

8. Membuat dan mengesahkan janji temu seperti yang diarahkan dan diterima dan menguruskan jadual pelawat.

9. Menganjurkan dan mengekalkan rekod fail surat sama ada yang sulit ataupun tidak.

10. Menerima pelbagai dokumen, kemasukan komputer, memfailkan dokumen, dan perubahan jawatan di dalam buku rekod.

11. Menggunakan komputer untuk mengekalkan pelbagai rekod, memasukkan data dan kemas kini termasuklah perubahan nama, alamat, lokasi dan maklumat pengecualian.


12. Menterjemahkan dasar-dasar pentadbiran dan keputusan yang perlu, memberi maklumat kepada orang ramai dengan mengambil kira dasar-dasar ini, serta mengekalkan tindakan, keputusan, aduan dan dokumen-dokumen lain seperti yang diarahkan 'Board of Review'.

TUGASAN TAMBAHAN

27/10/2013 – Menjadi Pembantu Tambahan di ‘kios’ Liebherr bersama dua orang pekerja lain untuk karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja yang bertempat di Felda Ulu Belitong. Saya diminta menggatikan seorang pekerja yang tidak dapat hadir bersama. Saya ditugaskan membantu mereka berkomunikasi (menerima ‘resume’ dan memberikan borang) bersama ‘candidate’ yang berminat tentang kekosongan jawatan yang diperlukan di kilang Liebherr. 

KARNIVAL KERJAYA ANJURAN JABATAN TENAGA KERJA


                                                                       Terima Kasih ^^

MINGGU KEDUA PULUH (21/10/2013 – 25/10/2013)

Assalamualaikum.. Minggu ini merupakan minggu terakhir latihan industri saya. Saya membantu kerani HR menguruskan ‘order’ untuk jabatan yang meminta ‘stationery’ baru. 

CONTOH 'STATIONERY FORM'

Saya juga menukar label dan susun semula borang-borang di rak kayu yang berhampiran ‘reception’. Dalam pada masa yang sama saya membantu Siti Atikah ‘double check’ semula nombor kad pengenalan pekerja yang menyertai ‘Family Day’ hujung tahun ini.

Selain itu, saya turut membantunya merujuk semula ‘medical claim’ tahun 2012 sama ada ianya sepadan dengan rekod dalam sistem ataupun tidak.



Dalam minggu ini, tugasan saya berakhir sebagai pembantu ‘receptionist/HR clerk’ di bawah Jabatan Sumber Tenaga Manusia naungan En Mohd Nasir Bin Abdullah dan Puan Suhaida Haji Daud ^^


                                                                       Terima Kasih ^^

MINGGU KESEMBILAN BELAS (14/10/2013 – 19/10/2013)

Assalamualaikum.. Minggu ini adalah seminggu sebelum tamat latihan industri saya di kilang Liebherr. Saya melaksanakan tugas rutin seperti biasa dan lebih banyak membantu di bahagian ‘reception’. Saya juga membantu rakan sekerja saya menukar poster lama kepada yang baru di dalam bilik ‘training’.

OPERASI MENUKAR POSTER
*15/10/2013 kilang bercuti menyambut Hari Raya Haji
*19/10/2013 sabtu bekerja saya mengambil cuti setengah hari


                                                                    
                                                                     Terima Kasih ^^


MINGGU KELAPAN BELAS (07/10/2013 – 11/10/2013)

Assalamualaikum..Minggu kelapan belas ini saya menyambung kerja ‘Annual Increament’ minggu lepas. Selepas selesai ‘check’ semua pekerja, saya perlu ‘key-in’ data dalam format Excel yang diberi. Saya juga perlu memasukkan data jumlah ‘medical certificate, absent, annual leave, unpaid leave’ yang boleh dilihat dalam sistem ‘People HR’ (atas bantuan kakitangan HR).



Dalam minggu ini juga, saya membuat label fail yang baru untuk fail simpanan ‘medical certificate’, ‘leave form’, ‘courier service’, dan fail-fail lain yang berada di bahagian ‘reception’.




                                                                     Terima Kasih ^^

MINGGU KETUJUH BELAS (30/09/2013 – 04/10/2013)

Assalamualaikum.. Minggu ini ‘Suara Liebherr’ sudah siap dicetak. Malangnya ada sedikit kesalahan di mana terdapat dua muka surat telah hilang dan salah dicetak. Kesimpulannya, kami membuat alternatif mencetak muka surat yang hilang dan tampal di dalam majalah tersebut. Pembetulan majalah ini mengambil masa dua hari kerana jumlah majalah adalah sebanyak 150 buah. Setelah siap dibetulkan barulah kami ‘distribute’ ke setiap jabatan seperti ‘purchasing’, ‘production’, ‘store’, ‘warehouse’ dan ‘guard house’.



PEMBETULAN MAJALAH LIEBHERR

Pada minggu ini juga, saya mendapat tugasan baru membuat ‘Annual Increament’ dengan perlu melihat setiap ‘personal file’ pekerja. Saya perlu melihat satu persatu dan teliti sekiranya terdapat ‘warning letter, verbal letter, dan reminder letter’. Semua itu perlu di catat jumlahnya bagi seseorang pekerja (jika ada) sepanjang tahun 2013.



                                                                     
                                                                     Terima Kasih ^^

MINGGU KEENAM BELAS (23/09/2013 – 28/09/2013)

Assalamualaikum.. Minggu ini pensyarah dari Politeknik Mersing Johor datang untuk membuat penilaian latihan industri. Pada minggu ini juga kami menjalankan tugas membuat ‘scan card touch & go’ semua pekerja untuk digunakan di kantin bagi menggantikan kupon subsidi RM1 yang menggunakan kertas setiap hari. Sistem baru ini memudahkan semua pihak, kami tidak perlu lagi mencetak kupon, ‘scan barcode’ dan membuat ‘summary’ setiap minggu sekaligus menjamin ‘accuracy’ dalam pengiraan. Sistem baru ini akan terlaksana mulai minggu hadapan setelah kami siap mengagihkan kad ‘touch & go’ semua pekerja.


*28/09/2013 saya telah menghadiri ‘training’ mengenai “Information of Instruction on General Waste & Schedule Waste Control for Company Wide".

MENGHADIRI 'TRAINING'



                                                                     Terima Kasih ^^

MINGGU KELIMA BELAS (17/09/2013 – 21/09/2013)

Assalamualaikum.. Permulaan minggu saya menyediakan borang-borang (photostat) yang sudah hampir habis di dalam rak kayu bersebelahan ‘reception’ termasuklah borang ‘OT’, ‘gate pass’, ‘stationery form’ dan lain-lain. Pada minggu ini juga saya ditugaskan memperbaharui buku-buku laporan dan buku rekod yang ada termasuklah menukar sampul buku yang lama kepada yang baru. 



Selain itu, saya turut mendapat tugasan baru daripada pekerja HR yang menguruskan pekerja asing di dalam kilang ini iaitu En Fauzi. Saya ditugaskan membantu beliau membuat kad pengenalan bagi pekerja asing berdasarkan paspord mereka. Saya menggunakan Microsoft Word dan Excel bagi melengkapkan tugas ini.




                                                                     Terima Kasih ^^

MINGGU KEEMPAT BELAS (09/09/2013 – 14/09/2013)

Assalamualaikum.. Pada minggu ini saya lebih banyak ‘handling call’ di ‘reception’ termasuklah memberikan maklumat, ‘taking message’ dan juga ‘schedulling appoinment’ untuk ‘candidates’ yang ingin bekerja memandangkan setiap jabatan sibuk melengkapkan dan membuat persiapan untuk audit akan datang nanti. Saya juga mendapat tugas untuk membantu kerani HR membuat buku baru iaitu ‘Training Record Book’ dan melengkapkannya sebelum ‘due date’ yang diberi.

TUGASAN DARIPADA PENYELIA

Pada minggu ini, sabtu adalah hari tidak bekerja tetapi saya telah hadir bagi menyiapkan kerja tergendala, ‘summary’ kupon kantin dan serba sedikit mencari bahan untuk majalah Liebherr.



                                                                      Terima Kasih ^^

MINGGU KETIGA BELAS (02/09/2013 – 06/09/2013)

Assalamualaikum.. Pada minggu ini saya diberi tugasan membuat semula ‘General Job Describtion’ mengikut format dan jawatan yang diberi oleh penyelia saya. Untuk melaksanakan tugas ini saya menggunakan komputer di dalam pejabat HR.

MENJALANKAN TUGAS MELENGKAPKAN 'GENERAL JOB DESCRIBTION'

Selain itu, saya membantu pekerja lain di bahagian ‘purchasing’ menguruskan senarai nama pekerja yang membeli ‘safety shoes’.



                                                                     Terima Kasih ^^

MINGGU KEDUA BELAS (26/08/2013 – 30/08/2013)

Assalamualaikum.. Minggu ini saya lakukan rutin seperti biasa, saya menyelesaikan ‘check list asset’, ‘update’ buku rekod klinik dan membuat buku rekod baru untuk pekerja yang masuk di dalam ‘sick bay’.


Pada minggu yang sama ini jugalah akan berlangsung pesta buah yang akan dilakukan setiap tahun dianjurkan kelab LSR. Tema untuk pesta buah kali ini adalah “Durian Fiesta”. Kami jabatan HR membantu membuat persediaan seperti tempat, kupon masuk dan aturkan buah-buahan yang ada sebelum tiba masa mereka datang ‘menyerang’.

SEMASA PERSIAPAN & SEPANJANG 'DURIAN FIESTA'



Terima Kasih ^^

MINGGU KESEBELAS (19/08/2013 – 24/08/2013)

Assalamualaikum.. Tiba minggu kesebelas, di permulaan hari En Nasir memberi sedikit taklimat mengenai matlamat dan tujuan ISO 14001 berikutan akan hadirnya audit ke kilang Liebherr. Saya meneruskan tugas membuat nama/label untuk fail peribadi pekerja baru menggunakan Microsoft Excel, cetak dan liminet. 



Pada 20/08/2013 saya menghadiri mesyuarat bersama kakitangan jabatan HR yang lain. Mesyuarat membincangkan tentang audit pada 19/09/2013 yang datang dari Austria dan juga lebih kepada sistem baru iaitu ‘People HR’.

Pada minggu ini juga saya dan rakan sekerja yang juga pelajar praktikal di sini melakukan ‘check list asset’ bagi jabatan HR.


                                                                         Terima Kasih ^^

MINGGU KESEPULUH (14/08/2013 – 16/08/2013)

Assalamualaikum.. Minggu kesepuluh saya menjalankan tugas rutin harian seperti biasa. Semasa memantau keadaan ‘showroom’ saya dapati terdapat beberapa lampu rosak dan saya memberitahu perkara ini kepada pihak ‘maintenance’. Saya juga telah membantu ‘office boy’ ‘distribute’ surat/’courier’ masuk kepada ‘person in charge’.

Selain itu, saya turut memasukkan data ‘training record’ di dalam sistem mengikut nombor pekerja masing-masing. Di dalam data ini tersimpan segala ‘training’ yang telah seseorang pekerja itu hadiri sama ada didalam kilang mahupun di luar. Pada masa yang sama saya turut menguruskan ‘booking and prepare’ bilik mesyuarat G1 (berada bersebelahan ‘reception’).



                                                                     Terima Kasih ^^

MINGGU KESEMBILAN (05/08/2013 – 06/08/2013)

Assalamualaikum.. Minggu ini saya hanya bertugas selama dua hari kerana mengambil cuti hari raya bermula 07/08/2013 sehingga 13/08/2013. Sebelum cuti Hari Raya saya menguruskan surat keluar pos berdaftar, menampal stem dan menulis di dalam buku rekod surat keluar.


Saya turut membantu En Fauzi menyediakan surat kebenaran pekerja asing untuk bercuti dan berada dikawasan seluruh bandar semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.




                                                                        Terima Kasih ^^

MINGGU KELAPAN (29/07/2013 – 04/08/2013)

Assalamualaikum.. Minggu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, saya mula mengendalikan ‘invoices’, ‘delivery order’, daripada ‘supplier’ dan bil klinik panel kilang. Setiap ‘invoice’ yang diterima perlu di cop ‘certificate’ dan/sama ada dihantar ke pihak urusan untuk ditandatangan atau di simpan sebagai rujukan. 

CONTOH 'DELIVERY ORDER'

Minggu ini, setiap jabatan menyediakan persiapan menyambut Hari Raya. Begitu juga jabatan HR, saya ditugaskan membantu pekerja lain menghias bahagian dalam pejabat HR dan bahagian ‘reception’. 

COP 'RECEIVED/CERTIFICATE' & BAKAT MENGANYAM KETUPAP UNTUK PERHIASAN

                                                                      
                                                                     Terima Kasih ^^

MINGGU KETUJUH (22/07/2013 – 26/07/2013)

Assalamualaikum.. Setelah siap semua persiapan ‘Ramadhan gift’, saya membantu pekerja lain mengagihkannya kepada semua pekerja ketika waktu tamat bekerja di hadapan pintu masuk kilang (bersebelahan guard house).

Pada minggu ketujuh ini saya lebih banyak membantu pekerja lain seperti menaip surat, mengendalikan mesin ‘photostat’, fax, liminet dan menyediakan ‘recycle paper’.


Saya juga telah diarahkan untuk menghasilkan majalah kilang “Suara Liebherr” yang dikeluarkan setiap 3 bulan. ‘Due date’ untuk menghantar hasil majalah ini adalah pada akhir bulan ‘September’. Oleh itu, sepanjang tempoh yang diberi saya hanya mencari, dan mengubah (edit) bahan untuk majalah tersebut. 

KERJA-KERJA LIMINET


                                                                         Terima Kasih ^^

MINGGU KEENAM (15/07/2013 – 19/07/2013)

Assalamualaikum.. Minggu keenam sudah tiba dan permulaan minggu seperti biasa menjalankan kerja-kerja rutin yang diberikan. Saya lebih mahir ‘assist and greet’ pelawat atau ‘customer’ yang datang ke kilang ini. 

Pada masa yang sama saya memasukkan data ‘medical leave’ dan cuti tahun pekerja. Selepas selesai melengkapkan data di dalam sistem, borang-borang tersebut perlu di simpan di dalam fail mengikut nombor pekerja sebagai rujukan sekiranya ada kesalahan di dalam data.

Pada minggu ini juga saya telah mengendalikan panggilan talifon bersama ‘training provider’ untuk meminta ‘hard/soft copy’ risit pembayaran setiap ‘training’ yang dijalankan.

Selain itu, saya juga telah membantu pekerja lain menukar polisi syarikat yang lama kepada yang baru di bahagian depan ‘reception’, pejabat HR dan bilik ‘training’. Minggu ini En Nasir turut memberi taklimat kepada semua pelajar praktikal berkenaan disiplin dan kedatangan yang perlu dititikberatkan.


Pada penghujung hari bekerja sebelum bercuti pada hari Sabtu dan Ahad, saya diarahkan menyiapkan ‘Ramadhan gift’ yang dianjurkan oleh kelab LSR kilang ini. Setiap tahun pada bulan puasa kelab LSR akan memberi ‘Ramadhan gift’ kepada semua pekerja tanpa mengira bangsa dan agama. Tahun lepas mereka mengagihkan bubur lambuk, tapi kelainan pada tahun ini, mereka memberikan buah-buahan seperti kurma, apricot dan dua jenis kismis.

MENUKAR POLISI SYARIKAT & MENYEDIAKAN 'RAMADHAN GIFT'


                                                                        Terima Kasih ^^

MINGGU KELIMA (8/07/2013 – 13/07/2013)

Assalamualaikum.. Pada permulaan minggu ini saya hanya membantu ‘receptionist’ membuat kerja-kerja harian termasuklah menjawab dan ‘transfer’ panggilan. Pada masa yang sama saya membantu Siti Atikah (receptionist) mencari poster baru untuk menggantikan poster lama yang berada di kantin kilang. Kami mengubah (edit) menggunakan Microsoft Word.


Pada minggu ini juga saya telah diarahkan membantu kerani HR, En Faizul untuk menaip semula nama-nama pekerja tetap kilang bagi tahun 2012 dan 2013 menggunakan Microsoft Excel. 



Terima Kasih ^^

MINGGU KEEMPAT (1/07/2013-5/07/2013)

Assalamualaikum.. Minggu keempat sudah tiba dan pada minggu ini saya mendapat tugasan baru dari pihak pengurusan. Setiap hari saya perlu memantau ‘showroom’ yang berada berhampiran dengan 'reception'. Ini kerana untuk memastikan ‘plug’ setiap ‘freezer’ dan ‘chiller’ sentiasa dipasang supaya ‘chiller’ sentiasa dalam ‘temperature’ yang betul.

Saya juga memfailkan dokumen-dokumen penting didalam fail peribadi pekerja. Setiap hujung bulan, jabatan HR akan memberikan ‘summary’ untuk jumlah cuti tahun setiap pekerja mengikut jabatan. Oleh itu, saya diarahkan membantu menguruskan ‘summary’ tersebut dengan mencari dalam sistem dan mencetak untuk diedar.


Pada minggu ini saya turut belajar dan kendalikan kupon kantin. Pada setiap hari isnin subsidi kupon RM1 akan diagihkan dan pada setiap hujung minggu saya perlu membuat ‘summary’ kupon dengan cara ‘scan barcode’ yang tertera dan menggunakan Microsoft Office Excel.
'SCAN BARCODE, CALCULATING & PRINT SUMMARY FOR COUPON CANTEEN'
ANTARA BAHAN SUARA LIEBHERR YANG SUDAH SIAP



                                                                         Terima Kasih ^^






MINGGU KETIGA (24/06/2013 – 28/06/2013)

Assalamualaikum.. Sudah sampai minggu ketiga saya di kilang Liebherr ini, seperti hari-hari biasa saya ‘opening’ reception dan memantau bilik ‘training’. Setiap pagi pengawal keselamatan akan menghantar borang-borang seperti ‘gate pass’ pekerja dan borang pelawat yang masuk ke dalam kilang termasuklah ‘OT form’ yang dihantar ke reception. Setiap borang yang diterima haruslah di cop tarikh ‘received’ pada hari yang diterima oleh kami.

COP 'RECEIVED' UNTUK 'GATE PASS' DAN BORANG PELAWAT
COP 'RECEIVED' 'OT FORM'

Pada minggu yang sama juga, saya diarah membantu kerani HR di dalam pejabat untuk menyusun semula borang-borang OT yang lama mengikut tarikh yang betul. Selepas siap disusun, di ikat (filing) dan di susun di dalam kotak untuk disimpan rapi di dalam ‘storeHR.


SEBELUM DISUSUN
SELEPAS DISUSUN


                                                                      Terima Kasih ^^

MINGGU KEDUA (17/06/2013 – 22/06/2013)

Assalamualaikum.. Pada minggu ini saya diberi tugasan baru iaitu perlu memastikan bilik ‘training’ sentiasa dalam keadaan teratur, bersih, kemas dan sentiasa berkunci. Saya juga sudah mula berjinak-jinak untuk menghafal senarai ‘speed dial’ setiap pekerja di setiap jabatan. Hal ini supaya senang saya mengendalikan panggilan talifon dari luar yang ingin disambungkan kepada pekerja lain. Pada masa yang sama saya mengendali panggilan masuk dan keluar bersama ‘supplier’, pelanggan dan yang lain-lain.

SENARAI 'SPEED DIAL' PEKERJA
Saya juga belajar menguruskan surat keluar masuk pos berdaftar dan juga ‘arrange pick-up’ ‘courier’ seperti DHL, GDEX, TNT, dan POSLAJU.

Pada minggu ini juga pihak pengurusan dan juga jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan lawatan ‘Club Ferrari’ ke kilang Liebherr pada 21/06/2013 (Jumaat). Jabatan HR turut membantu melengkapkan persiapan tersebut. 

'CLUB FERRARI'

                                                                       Terima Kasih ^^


RINGKASAN MINGGUAN

MINGGU PERTAMA (10/06/2013 – 14/06/2013)

Assalamualaikum.. Pada tarikh 10/06/2013 saya memulakan latihan industri saya di kilang Liebherr Appliances Kluang Sdn Bhd. Sebaliknya latihan industri saya akan bermula pada 17/06/2013 tetapi pihak pengurusan Liebherr meminta agar saya lapor diri lebih awal seminggu atas sebab sebab tertentu. Oleh itu saya akan menamatkan latihan saya lebih awal iaitu pada 25/10/2013. (1/11/2013 adalah tarikh asal tamat latihan industri).

Hari pertama lapor diri saya diberi buku panduan pekerja dan diberi penerangan ringkas oleh En. Faizul dan En Mohd Nasir mengenai latar belakang syarikat, peraturan, cara pemakaian, waktu pekerjaan dan berkaitan dengan syarikat dan setiap jabatan yang ada. Saya ditempatkan di bawah jabatan sumber tenaga manusia (Human Resource) yang diketuai oleh En Mohd Nasir bin Abdullah dan pembantunya merangkap penyelia saya iaitu Puan Suhaida Binti Hj Daud.

BUKU PANDUAN PEKERJA LIEBHERR APPLIANCES KLUANG

Pada minggu ini juga saya ditempatkan di bahagian kaunter hadapan iaitu 'reception' untuk membantu 'receptionist' mengendali kerja-kerjanya. Saya diterangkan cara ‘opening’ reception pada awal pagi dan ‘closing’ apabila waktu balik. Saya juga diterangkan secara ringkas kerja-kerja yang dilakukan seorang 'receptionist' termasuklah mengendali panggilan talifon keluar masuk.

'RECEPTION'


Selain itu, pada minggu ini juga saya telah menghadiri ‘training’ iaitu “Environmental, Safety, Health and Awareness Training” yang dikendalikan En Mohd Nasir Bin Abdullah. ‘Training’ ini berkaitan dengan ISO 14001 yang memberi pengetahuan baru kepada saya tentang kawasan perindustrian yang perlu memberi perhatian kepada alam sekitar dan mengelakkan pencemaran daripada berlaku.


 


                                                                          Terima Kasih ^^

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Ringkasan Liebherr Appliances

Lebih 60 tahun yang lalu (1949) , Kumpulan Liebherr yang telah ditubuhkan oleh pengasasnya Mr Hans Liebherr di Jerman. Syarikat ini bermula dengan menyewa peralatan pembinaan dan kejuruteraan awam, serta membina kren, mengeluarkan kenderaan bergerak dan sebagainya.

Dalam beberapa dekad , perniagaan berkembang di seluruh Eropah dan dunia yang meliputi pelbagai bidang seperti pembuatan kren , konkrit dan simen teknologi pencampuran, peralatan perlombongan, sistem pengangkutan, aeroangkasa dan peralatan rumah.







Sejarah Syarikat (Liebherr Malaysia)

Ditubuhkan pada tahun 1986 dengan tujuan untuk menjadi pengeluar terkemuka dan kualiti penyejukan dan pendingin produk pada harga kompetitif dan terus meningkatkan kemudahan pengeluaran untuk memenuhi perubahan keperluan dalam permintaan bagi produk dan perkhidmatan penyejukan.

Sebelum ini dikenali sebagai “Exquisite Products Manufacturing (M) Sdn. Bhd.” kilang pertama ditubuhkan di Kluang, Johor pada tahun 1986. LIEBHERR - HAUSGERATE GmbH, syarikat induk bahagian peralatan domestik LIEBHERR itu, yang diperolehi semua saham oleh Exquisite Products Manufacturing (M) Sdn. Bhd pada 1 Januari 2007.