Assalamualaikum.. Sudah sampai minggu
ketiga saya di kilang Liebherr ini, seperti hari-hari biasa saya ‘opening’
reception dan memantau bilik ‘training’. Setiap pagi pengawal keselamatan akan
menghantar borang-borang seperti ‘gate pass’ pekerja dan borang pelawat yang
masuk ke dalam kilang termasuklah ‘OT form’ yang dihantar ke reception. Setiap
borang yang diterima haruslah di cop tarikh ‘received’ pada hari yang diterima
oleh kami.
|
COP 'RECEIVED' UNTUK 'GATE PASS' DAN BORANG PELAWAT |
|
COP 'RECEIVED' 'OT FORM' |
Pada minggu yang sama juga, saya
diarah membantu kerani HR di dalam pejabat untuk menyusun semula borang-borang
OT yang lama mengikut tarikh yang betul. Selepas siap disusun, di ikat (filing)
dan di susun di dalam kotak untuk disimpan rapi di dalam ‘store’ HR.
|
SEBELUM DISUSUN |
|
SELEPAS DISUSUN |
Terima Kasih ^^
No comments:
Post a Comment