starting with

starting with

Saturday, 2 November 2013

DAPATAN DAN CADANGAN

Selesai sudah saya menjalani latihan industri di Kilang Liebherr Appliances Kluang Sdn Bhd selama 20 minggu. Saya ingin memberi dapatan dan cadangan untuk syarikat/jabatan supaya lebih proaktif dan lebih memberi kebaikan kepada semua pihak.

Sepanjang menjalani latihan industri di Kilang Liebherr Appliances Kluang banyak ilmu yang saya perolehi yang serba sedikit membantu meningkatkan pengetahuan saya dalam bidang pengurusan. Walaubagaimanapun saya sebagai pelatih perlu memberikan sedikit komen atau dapatan sepanjang saya menjalankan tugas. 

                                                                           
                                                                        Dapatan 

1. Pekerja kurang diberi pendedahan mengenai tugasan masing-masing. Tugas spesifik seseorang itu tiada pengkhususan menyebabkan semua pekerja tidak mendapat kerja yang seimbang berdasarkan jawatan masing-masing.

2. Mengenai sistem baru yang digunakan masih baru dan banyak kelemahan lagi yang perlu diperbaiki menimbulkan banyak masalah dalam pembayaran gaji sekaligus membuatkan pekerja berasa tidak berpuas hati apabila tiba waktu gaji.

3. Pekerja kurang berkomunikasi dua hala, ini menyebabkan pekerja hanya mengikut arahan majikan dan kadangkala takut untuk bertanya menyebabkan sesuatu kerja yang dilakukan itu mempunyai masalah. Ini berkaitan juga sekiranya majikan memberi arahan yang kurang jelas di mana pekerja sukar untuk memahami.


                                                                       Cadangan

1. Mengenai tugasan yang perlu digalas oleh setiap pekerja, seharusnya majikan menetapkan tugasan mengikut jawatan itu secara 'general', terang dan jelas supaya mereka tidak menjadi kelam kabut dan akan ada keseimbangan dalam pembahagian kerja.

2. Mengenai sistem baru seperti 'People HR', pada mulanya masih belum sempurna untuk digunakan. Sistem ini melibatkan pengiraan gaji semua pekerja termasuklah memasukkan data 'thumprint', 'OT', 'leave', 'late in' dan lain-lain. Sistem baru seperti ini perlulah diuji dalam jangka masa agak lama sehingga penggunaannya stabil sebelum diaplikasikan dalam keadaan sebenarnya untuk mengelakkan 'human error' dan 'system error' yang banyak.

3. Masalah komunikasi dua hala antara pekerja dan majikan, hal ini seharusnya perlu diberi latihan asas. Cara berkomunikasi antara pekerja dan majikan, pekerja dan pihak atasan amat penting bagi menjamin kerja yang berkualiti. Latihan atau kelas komunikasi adalah cadangan yang lebih membuatkan pekerja berkeyakinan dengan cara dan 'manner' yang perlu digunakan apabila berkomunikasi sama ada ingin bertanya mahupun meminta pandangan.




                                                                           Sekian ^^

No comments:

Post a Comment